Wednesday, 4 April 2012

KURUS: perlu ke???

Assalammualaikum semua...

Perjalanan menurunkan berat badan masih belum terhenti di sini... Diri ini sedang berperang untuk mendapatkan berat badan yang ideal walaupun seringkali diuji... Bayangkan makanan yang sentiasa melimpah ruah di hadapan mata.. Itu belum lagi menghadiri kursus ataupun mesyuarat walaupun 2 jam sahaja... Pasti makanan yang enak akan disajikan walaupun cuma sepiring kuih dan secawan teh... Alhamdulillah... Bukan mahu menafikan rezeki Allah.. Tidak sama sekali.. Cuma pada saya itu adalah salah satu bentuk dugaan yang pelu dihadapi  dalam menurunkan berat badan... 

Kenapa perlu kurus? Ya, kenapa? Boleh tak kalau saya tanya mereka yang sangat berkira dalam mengeluarkan duit untuk perbelanjaan seharian... Kenapa perlu menabung? Dan kenapa perlu berkira sangat? Soalan yang berbeza kan tapi konsep yang saya mahu tekankan di sini ialah setiap orang pasti ada 'reason' yang tersendiri dalam setiap perkara yang dilakukannya.. Asalkan perkara tersebut membawa kebaikan dan tidak melanggar syariat Allah.. 

Saya sebenarnya mahu mendapatkan berat badan ideal.. Tidak perlu terlalu kurus.. Emm, bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.. Obesiti atau gemuk membolehkan seseorang itu mudah mendapat penyakit.. Diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sebagainya... Islam sendiri menyuruh umatnya agar memilih jalan yang baik, dan bukan yang menuju ke arah memudaratkan diri sendiri... Sekiranya makan makanan yang berminyak, berkalori tinggi dan makan dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan diri kita ditimpa penyakit, bukankah lebih baik kita memilih cara pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat... 

Sungguh.. Perjuangan ini bukan mudah... Jika dahulu saya ingin menurunkan berat badan kerana ingin lebih berkeyakinan, boleh memakai baju yang diidamkan.. Tapi sekarang ini saya niat semua ini kerana Allah.. Untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, dan yang lebih sihat.. InsyaAllah.. Semoga perjuangan ini dipermudahkan Allah... Aminn..

~SELAMAT BERJUANG~
(^_^)

p/s: Layari laman web My Health di bawah KKM untuk mengetahui bahawa anda berisiko untuk medapat penyakit atau tidak... Banyak tips yang menarik yang boleh dikongsi bersama...

MUSLIMAH (Nazrey Johani)



Oh Muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh Muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh Muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh Muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh Muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh Muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

kAtA kAtA JiWaNG





   

 

p/s: PEACE NO WAR.... 

Sunday, 1 April 2012

SeCanGKiR KASIH

Assalammualaikum...
Istimewa untuk kamu yang CANTIK MANIS... (^_^)

"Saat hati berkata "INGIN", namun qadar Allah berkata "TUNGGU"..
Saat air mata "MENITIS", namun qadar Allah berkata "TERSENYUMLAH"..
Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun qadar Allah berkata "TERUSLAH MELANGKAH"... 

Kita merancang sesuatu, ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahsiakan-NYA buat kita.. Namun, Rancangan ALLAH itu LEBIH baik.. yang PALING baik.. dan yang TERBAIK daripada rancangan kita.. Yakinlah.. ALLAH ada untukku,untukmu dan untuk kita semua.."



"Bila kita jatuh cinta pada seseorang kerana Allah, redhalah jika ia bukan 
untuk kita. Redhalah dia bersama pilihan hatinya. Kerana, jika kita percayakan Allah, kita akan terima apa saja yang telah ditakdirkan pada kita...

Bersangka baiklah dengan Allah. Jangan bersedih kerana kehilangan orang yang kita cintai itu, tapi gembiralah, kerana Allah ada perancangan yang lagi baik buat kita sebenarnya."



Seperti BIDADARI itu....

Ayat al-Quran yang menceritakan kisah BIDADARI di Syurga...
  • "Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah At-Thur: 20)
  • "(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Surah Ar-Rahman: 72)
  • "Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman: 70)
  • "Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Surah Al-Waqi'ah: 35-37)


Bismillahirrahmanirrahim....
Bidadari... Bidadari yang sebenarnya wujud di syurga... Dan wanita di dunia juga boleh menjadi bidadari di syurga... Sedangkan puteri Nabi Muhammad S.A.W, Fatimah Az-Zahra merupakan penghulu bidadari di Syurga... 

Sebelum kita menjadi bidadari di Syurga, kita boleh berusaha untuk menjadi bidadari di dunia terlebih dahulu... Namun, bagaimana untuk menjadi bidadari? Adakah dengan mempunyai rupa paras yang cantik, senyuman yang sangat manis, kerlingan mata yang menawan, lenggok yang menggoda... Sekiranya begitu layaknya untuk bidadari, hanya mereka yang cantik saja boleh digelar bidadari... Bagaimana pula jika rupa cantik, tapi hati tidak secantik yang diharapkan...

Bidadari bukan dikenali dengan rupa paras yang cantik tetapi didambai kerana hati yang baik dan kasih sayang yang mendalam di jiwanya...Kasih dan taat pada Allah dan Rasulullah... Menghormati mereka yang berada di sekelilingnya, hati yang sentiasa memaafkan, emosi yang bahagia dan membahagiakan, minda yang hebat, jiwa yang penuh dengan kelembutan, sikap yang positif dan punyai tutur kata yang bisa melembutkan jiwa...

Secantik bidadari bukan hanya memikat mata yang memandang tetapi melembutkan jiwa yang mengenalinya... Membuatkan hati tertarik kepada tingkah lakunya... Bukankah itu fitrah manusia yang menyukai kecantikan bukan sahaja kecantikan luaran, tetapi kecantikan dalaman jua...

Berusahalah menjadi seperti bidadari itu walaupun perjalanannya penuh onak dan duri... Tidak perlu wajah yang cantik... Cukuplah taat kepada Allah dan Rasul, berbuat baik kepada ibu dan ayah, mempunyai hati yang cantik, budi pekerti yang mulia serta sentiasa melakukan kebaikan kepada semua makhluk Allah...

Wanita yang cantik sebenarnya ialah wanita yang:

  1. Melukis kekuatan melalui masalah
  2. Tersenyum saat tertekan
  3. Tertawa saat hati sedang menangis
  4. Tabah di saat terhina
  5. Mempersona kerana memaafkan
  6. Mengasihi tanpa balasan
  7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan kepada Ilahi

Saturday, 31 March 2012

Kahwin Bukan Pil Ajaib

usaha untuk berubah sebelum kahwin, jangan berharap kahwin itu seolah pil ajaib. bila telan, terus jadi baik - gambar google -

Seorang sahabat lama bertanya pendapat saya tentang fenomena kegagalan pasangan suami isteri dalam mengerjakan rukun Islam. Komen beliau boleh baca di sini. Terlebih dahulu mohon kemaafan kerana agak lambat memberikan pendapat. Saya perlu akur pada keterbatasan waktu yang saya ada.
Sebelum saya menjawab terus kepada soalan, suka untuk saya sebutkan beberapa perkara penting sebagai mukaddimah. Perkara-perkara penting ini harus kita fahami dan semat dalam pemikiran kita sebaik mungkin, sebelum kita mahu berkahwin ataupun mahu berbincang tentang perkahwinan.
Apa perkara penting tersebut?
Pertama : Kahwin adalah suatu proses yang sepatutnya didahului oleh beberapa proses yang lain. Antara proses yang perlu dilengkapi sebelum sampai kepada proses perkahwinan adalah pembentukan diri, atau dengan lebih tepat, pengukuhan nilai-nilai muslim dari segi akidah dan ibadah di dalam diri sendiri. Proses ini adalah faktor pendokong yang utama kepada proses perkahwinan.
Kedua : Kahwin bukan penyelesaian kepada masalah taqwa atau kelesuan dalam beragama. Perkahwinan jangan dilihat sebagai ‘pil ajaib’ yang apabila ditelan, terus menjadi muslim cemerlang.
Ketiga : Proses pembentukan fardul muslim ( individu muslim ) yang diusahakan sebelum berkahwin, harus berterusan dan semakin diperhebatkan selepas berkahwin. Ini kerana ada yang merasakan proses tarbiyah diri mereka adalah untuk mencapai proses baitul muslim ( perkahwinan ) sedangkan proses tarbiyah diri adalah untuk mencapai keredhaan Allah secara berterusan.

SOLAT
Ada yang mengatakan dengan berkobar-kobar, bahawa perkahwinan itu boleh menjadikan mereka lebih bertqwa, lebih ‘lengkap’ agama, lebih baik dan sebagainya. Itu tidak saya nafikan. Di dalam hadith Nabi s.a.w dianjurkan supaya para pemuda berkahwin kerana padanya banyak kebaikan, juga padanya dapat melengkapkan nilai beragama.
Tetapi perlu diingat. Ia bukan suatu jaminan atau jalan penyelesaian kepada kelesuan seseorang dalam beragama. Kalau tidak, maka solat lah lebih utama untuk dilihat sebagai jaminan atau jalan penyelesaian.
Di dalam Al-Quran dinyatakan, bahawa sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Semua orang sedar akan kenyataan tersebut yang termaktub di dalam Al-Quran. Tetapi cuba lihat, adakah seseorang yang bersolat itu benar-benar selamat dan bebas dari perbuatan keji, mungkar dan maksiat?
Tentunya tidak.
Ramai yang solat, tetapi masih berzina. Ramai yang solat, tetapi masih berseluar pendek, tidak bertudung kepala. Mereka solat, tetapi masih suka mengumpat, mengeji, mengadu domba, memfitnah dan sebagainya. Maka demikian juga dengan nikah. Disebut banyak tentang kebaikan bernikah, tetapi adakah benar mereka yang bernikah itu beroleh sedemikan?
Maka apa yang diutarakan dalam soalan tersebut adalah suatu realiti yang harus diakui.
Apakah kenyataan Al-Quran itu yang salah, atau adakah hadith Nabi s.a.w itu yang tidak tepat?
Tidak. Tidak dan tidak.
Hakikatnya, solat yang dikehendaki dalam kenyataan Allah tersebut adalah solat yang berkualiti. Solat yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan, rasa bertanggungjawab dan khusyuk. Ini kerana memang ramai orang yang solat, tetapi langsung tidak khusyuk. Dalam solat berfikir tentang kerja, tentang assignment, tentang bisnes bahkan ramai juga yang berfikir tentang barang mereka yang hilang.
Maka sudah tentu bukan solat jenis ini yang dimaksudkan sebagai boleh menjauhkan pelakunya dari perbuatan keji dan mungkar.

KAHWIN
Demikian jugalah dengan kahwin.
Dianjurkan berkahwin  supaya manusia dapat menyambung zuriat keturunan, dapat memelihara syahwat mereka dan daripada situ, dapat memfokuskan diri untuk beribadah kepada Allah. Namun anjuran ini bersyarat.
Syaratnya banyak. Antaranya kahwin itu perlu di atas asas-asas ketaqwaan, bukan seronok-seronok. Kahwin itu atas dasar mahu mencari redha Allah, bukan kerana ikut-ikutan. Kahwin atas dasar mahu lebih tegas menjauhi maksiat, bukan atas dasar mahu melunaskan nafsu syahwat.
Maka sekiranya syarat-syarat ini dipenuhi sebaiknya, tidak akan timbul soal suami yang tidak solat, tidak puasa, tidak berzakat dan sebagainya. Begitu juga dengan isteri, di mana isteri mendapat bimbingan dan dorongan dari suami, bertitik tolak dari keikhlasan mereka dalam menyempurnakan proses bait muslim.
Tetapi suami yang tidak solat, tidak puasa, isteri yang perangainya dua kali lima dengan suami, ini antara natijah yang timbul hasil daripada kegagalan mereka menyempurnakan proses tabiyah bermula dari proses pembinaan fardul muslim lagi. Ia bukan masalah berkahwin atau tidak.
Sepertimana seorang yang masih gemar bercouple tetapi selalu solat di masjid. Ia bukan masalah solat, tetapi masalah orang yang mengerjakan solat tersebut.

BAHAGIA
Sebagai muslim, sudah tentu kita wajib yakin bahawa kebahagiaan itu datangnya dari Allah. Allah beri kebahagiaan, berasbab dari kelunakan kita dalam beribadah kepadanya.  Itulah sifat Rahman dan Rahim yang ada pada Allah. Lebih daripada itu, sebagai muslim kita juga percaya dan yakin, bahawa walaupun kita diuji dengan kesusahan, tidak bertemu bahagian, ia juga datangnya dari kasih sayang Allah kepada kita.
Apa yang lebih penting adalah konsisten dan komitmen kita dalam beribadah dan membentuk diri untuk terus menjadi hamba.
Komen beliau :
Suami seorang yang cukup penyabar dan cool, sabar dengan karenah anak dan isteri, seorang yang bertanggungjawab, berusaha keras mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak,dan lain-lain yang baik-baik belaka iAllah. Cuma kekurangannya ialah GAGAL dalam solat, iaitu tidak menjaga kewajiban solat. Begitu juga puasa dan zakat.

Kalau keadaan di atas mahu digambarkan sebagai kebahagiaan dalam ertikata sebenar, sudah tentu tidak. Rumahtangga yang diberi Allah akan kebahagiaan, belum tentu kerana kasih sayang Allah pada mereka. Rumahtangga yang diuji Allah dengan kesusahan, belum tentu kerana kebencian Allah pada mereka.
Seorang muslim yang lalai dan tenggelam dalam maksiat, adakala hidupnya begitu mewah dan cukup segala benda. Tetapi seorang muslim yang begitu konsisten dengan amal ibadah, adakala hidupnya serba serbi tidak mencukupi.
Sesungguhnya rahmat Allah itu adalah pada bahagia dan tenangnya hati seorang hamba secara hakiki, bukan pada gelak ketawa dan kebahagiaan yang tampak secara zahiri.
Semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang sedar akan hakikat kehambaan ini, biarpun kita seorang bujang ataupun sudah berkahwin.
 Sekian.
p/s: Entri ini diambil daripada blog myilham.com

Intipati Konvensyen Bidadari Dunia...

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah.. Ramai kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga.. Saya doakan supaya mereka semua bahagia hingga ke SYURGA... Aminn... 

Bila bercakap soal jodoh, pasti ada yang berbunga-bunga hatinya.. Sekarang persepsi saya mengenai jodoh tidak seperti dahulu... Ajal, maut, jodoh pertemuan Allah tentukan.. Sekiranya ajal yang datang dahulu daripada jodoh, apa yang patut dilakukan sekiranya itu yang tertulis... Berdoa dan berusaha.. Yakin dengan ketentuan Allah, itu yang sepatutnya kita semat dalam hati... Semoga hati dan iman ini kuat walau apapun yang terjadi.. Amin... Sekarang kawan-kawan, mari kita berusaha menjadi yang terbaik.. 

Konvensyen Bidadari Dunia banyak menyedarkan saya tentang peranan seorang wanita dalam institusi keluarga, masyarakat, negara dan paling utama peranan seorang wanita dalam menegakkan agama ISLAM...

Seperti yang dikatakan oeh Dr Muhaya Mohamad, "DIDIK WANITA, NEGARA TERPELIHARA"... Apabila wanita menjaga dirinya seiring dengan tuntutan syariat Islam, insyaAllah perkara negatif dapat dielakkan...

Dalam slot Ustazah Siti Norbahiyah, ada 15 tips menjadi WANITA PENYEJUK JIWA yang ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca...

      1) Nur keimanan yang memancar di wajah
  • Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul (taat perintah Allah, dan jauhi laranganNYA)
  • Sentiasa berwuduk, berzikir, berselawat, membaca al-Quran, solat Tahajjud, dan berdoa
       2) Akhlak yang terpuji
  • Elakkan berdua duaan dengan lelaki bukan mahram
  • Tingkah laku yang sopan dan tutur kata yang baik
  • Pelihara status sebagai anak gadis, isteri, ibu, kawan, dan jiran
  • Tidak melembutkan/melunakkan suara pada yang bukan mahram
  • Jangan buat 4P dengan lelaki bukan mahram iaitu pandang lebih-lebih, pegang-pegang, peluk-peluk, dan akhir sekali membawa perzinaan.. Nauzubillah
     3) Ilmu pengetahuan untuk menjadi wanita yang bijaksana
  • Isteri hebat, suami terpikat
  • Mendidik anak-anak
  • Belaian dan urutan sayang
  • Cantik luaran dan dalaman
     4) Isteri idaman suami
  • Taat dan hormat suami
  • Banyak melakukan amal soleh
     5) Senyuman manis buat suami tercinta

     6) Berhias dan berdandan untuk suami tersayang
  • Gincu yang paling indah bagi seorang isteri adalah senyumannya yang manis menghiasi bibir
  • Celak yang paling cantik menghiasi sepasang matanya adalah pandangan mata yang lembut
      7) Meluangkan masa untuk merawat diri

      8) Hati yang dipenuhi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji)
  • Buang sifat-sifat mazmumah (keji) seperti bersangka buruk, sombong
  • Empat racun hati yang perlu dihindari ialah berlebihan dalam berbicara, berlebihan dalam melihat sesuatu, berlebihan ketika makan, berlebihan dalam pergaulan
      9) Penampilan mengikut syariat (alQuran)

   10) Segera meminta maaf sekiranya bersalah dan bersedia untuk memaafkan

    11) Bersabar dalam menempuh dugaan hidup
          " Sifat sabar adalah khazanah SYURGA"

    12) Sentiasa menderma dan berinfaq ke jalan kebajikan
  • Orang yang pemurah dikasihi Allah
  • Orang yang pemurah dekat dengan syurga
  • Orang yang pemurah jauh dari api neraka
  • Orang yang bakhil jauh daripada Allah
  • Jangan lupa berzakat
    13) Bersifat penyayang kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
    14) Mempunyai perasaan takut kepada Allah

    15) Mendapat keredhaan ibu bapa
  •  Berbaktilah kepada ibu bapa sebelum terlambat

Sekarang ni saya akan berkongsi sedikit cerita yang disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Hassan, kaunselor daripada Jakim... Ustazah mengatakan lewat ini, banyak pasangan yang bercerai... Kemudian cerita isteri didera suami.. Bayangkan isteri mengandung 5 bulan, dan perutnya dipijak oleh suami... Astaghfirullah... Dan macam-macam lagi... Ustazah pesan, daripada sekarang kena patuh ajaran Islam.. Solat lima waktu jangan tinggal... Kepada bakal suami, jangan sebelum kahwin sahaja tunjuk rajin solat, selepas kahwin, terus tinggal.. Kemudian berlakunya pelbagai masalah rumahtangga... Ini yang terjadi sekiranya kita melakukan sesuatu pekerjaan tidak ikhlas.. Kan berdosa menipu, dan juga berdosa kepada Allah Taala kerana lalai menjalankan tanggungjawab...

Pesan ustazah, apa pun yang berlaku... Kita hendaklah sabar dalam menempuh dugaan hidup.. Kita pun tak tahu sampai bila kita akan hidup... Adakah esok masih ada untuk kita?? Walllahualam...

Yang penting, jalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah... Walaupun hati disakiti, maafkanlah... Bukankah semua yang berlaku atas izin Allah jua... Maafkan, dan lupakanlah... Universiti kehidupan ini tidak akan pernah sunyi daripada dugaan dan cabaran kecuali pada saat nyawa dicabut.. Dan sehingga tiba saat itu, berusahalah menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah... InsyaAllah...

Salam hormat daripada saya tuan punya blog...  (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...