Monday 9 April 2012

Khusus buat Mereka yang Sedang BERSEDIH..

Bismillahirrahmanirrahim...

Anda sedang bersedih? Menangislah.. Anda menangis bukan kerana anda lemah tetapi anda sedang membina kekuatan... Kesedihan adalah refleksi terhadap ujian daripada Allah yang Maha Esa... Tetapi usah bersedih terlalu lama.. Bangkitlah dengan harapan dan doa kepada Allah.. Ketahuilah bahawa ujian  adalah terbiyah iaitu didikan Allah untuk menjadikan hambaNya lebih kuat dan tabah dalam menghadapi hidup ini... 

Manusia bersedih kerana banyak perkara... Dan setiap perkara atau ujian yang diturunkan kepada manusia adalah berbeza beza... Setiap orang ada ujian masing-masing sama ada dari segi kewangan, kesihatan, pekerjaan, keluarga, kematian dan sebagainya...

Ujian ditimpakan kepada mereka bukan kerana mereka bersalah atau berdosa.. Atau kerana mereka seorang yang lemah.. Atau kerana mereka adalah manusia yang tergolong dalam golongan hamba Allah yang tidak tahu bersyukur.. Ataupun kerana Allah Taala murka terhadap mereka....

Tetapi kerana mereka insan yang terpilih... Mereka perlu tahu bahawa dengan ujian ini, Allah mahu mereka dekat dengan Allah.. Menyedari bahawa tiada kuasa yang dapat membantu mereka walaupun diri mereka sendiri kecuali Allah... Dan apabila mereka sedar akan perkara tersebut, secara tidak langsung hati mereka akan terpujuk dan segala kesedihan dan kesakitan yang mereka alami beransur hilang.. Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Bersabarlah dalam meniti dugaan hidup ini...


Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri...

"Aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku.  Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis."

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.
Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar.
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
Bila cemas, Allah mengajarku erti raja' (mengharap).
Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (berpada-pada).
Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.

Pujuklah hati, katakan... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...