Wednesday 4 April 2012

KURUS: perlu ke???

Assalammualaikum semua...

Perjalanan menurunkan berat badan masih belum terhenti di sini... Diri ini sedang berperang untuk mendapatkan berat badan yang ideal walaupun seringkali diuji... Bayangkan makanan yang sentiasa melimpah ruah di hadapan mata.. Itu belum lagi menghadiri kursus ataupun mesyuarat walaupun 2 jam sahaja... Pasti makanan yang enak akan disajikan walaupun cuma sepiring kuih dan secawan teh... Alhamdulillah... Bukan mahu menafikan rezeki Allah.. Tidak sama sekali.. Cuma pada saya itu adalah salah satu bentuk dugaan yang pelu dihadapi  dalam menurunkan berat badan... 

Kenapa perlu kurus? Ya, kenapa? Boleh tak kalau saya tanya mereka yang sangat berkira dalam mengeluarkan duit untuk perbelanjaan seharian... Kenapa perlu menabung? Dan kenapa perlu berkira sangat? Soalan yang berbeza kan tapi konsep yang saya mahu tekankan di sini ialah setiap orang pasti ada 'reason' yang tersendiri dalam setiap perkara yang dilakukannya.. Asalkan perkara tersebut membawa kebaikan dan tidak melanggar syariat Allah.. 

Saya sebenarnya mahu mendapatkan berat badan ideal.. Tidak perlu terlalu kurus.. Emm, bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.. Obesiti atau gemuk membolehkan seseorang itu mudah mendapat penyakit.. Diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sebagainya... Islam sendiri menyuruh umatnya agar memilih jalan yang baik, dan bukan yang menuju ke arah memudaratkan diri sendiri... Sekiranya makan makanan yang berminyak, berkalori tinggi dan makan dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan diri kita ditimpa penyakit, bukankah lebih baik kita memilih cara pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat... 

Sungguh.. Perjuangan ini bukan mudah... Jika dahulu saya ingin menurunkan berat badan kerana ingin lebih berkeyakinan, boleh memakai baju yang diidamkan.. Tapi sekarang ini saya niat semua ini kerana Allah.. Untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, dan yang lebih sihat.. InsyaAllah.. Semoga perjuangan ini dipermudahkan Allah... Aminn..

~SELAMAT BERJUANG~
(^_^)

p/s: Layari laman web My Health di bawah KKM untuk mengetahui bahawa anda berisiko untuk medapat penyakit atau tidak... Banyak tips yang menarik yang boleh dikongsi bersama...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...