Tuesday 1 May 2012

:pErnAh tak awaK raSa???::


" Pernah tak tiba-tiba awak rasa nak betulkan sesuatu perkara yang awak rasa boleh betulkan...?

  But then, awak still tak buat apa-apa...

  Sebab pada awak, kalau betul perkara tu untuk awak, pasti awak akan dapat... 

  Pasti ada jalan yang akan  mengarahkan perkara tersebut kepada awak..  

  Seperti ayat ini... WHAT'S MEANT TO BE WILL ALWAYS FIND ITS WAY..

  That's why, we end up just to keep silent..

  Senyap, dan senyap...

  Even in silent, and even  we want to let it go slowly.... 

  But deep in our heart, we still hoping that thing will going exactly with what we want...

  And that time we realize that we are not putting our trust ONE HUNDRED PERCENT in ALLAH..."

  ______________________________________

 Now and forever... 

 I just want to keep remind my Iman, my heart, my soul and my mind...

 Please, please, please PUT YOUR TRUST in ALLAH...

 Truly, ALLAH Knows what's BEST FOR US..

  And HE will NEVER LET YOU DOWN...


...Thank you ALLAH for everything...

~Kenapa aku tiDak daPat Apa yaNG akU maHukan?~


" Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti aku akan dapat meskipun aku lari darinya... Dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya..."

(Abu Hazim Al Makki-Aulia)

Setelah kita berusaha, berusaha, dan berusaha.....

Kita tidak lupa berdoa pada Allah supaya apa jua yang terbaik buat diri kita ini dipermudahkan..

Kita berdoa supaya Allah memberi kita kebaikan di atas apa jua yang kita pilih, dan perolehi...

Kita mohon supaya Allah memberi kita kekuatan dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini...

===========================================

Namun adakalanya, walaupun kita berusaha dengan sepenuh hati kita, kita tetap tidak akan dapat perkara itu...

Dan kadang-kadang untuk perkara yang kita hanya meletakkan usaha yang sangat sedikit, dengan mudah kita perolehi...

============================================
Untuk sesuatu perkara yang amat kita perlukan, yang amat kita mahukan...

Sesuatu yang kita inginkan, yang kita hajati.....

Kita berusaha mendapatkannya, kita berdoa bersungguh sungguh kepada Allah...

Namun tidak jua kita perolehi... Sangat sukar, bahkan seperti sia-sia sahaja usaha kita ini...

Keputusan dan hasilnya tidak seperti yang kita harapkan...

==========================================

Dan waktu itu, kita mula berfikir... Mencari sebuah jawapan...

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku mahukan??? 

Bukannya aku tidak berusaha... Bukannya aku tidak berdoa..

Aku sudah melakukan segala-galanya.... Hinggakan dalam setiap doaku, aku menangis meminta kepadaNya...
==================================================
Pada saat itu, mungkin kita terlupa yang kita pernah meminta pada Allah...

"Ya Allah, ya Tuhanku.. Yang Maha Mengetahui segala galanya... Engkau yang Maha Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa.. Engkau yang Maha Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui... Dan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara ghaib...Ya Allah, seandainya urusan ini baik bagi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya.. Dan sekiranya urusan ini tidak baik bagi agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku, sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya... Dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian redhailah aku dengannya.."

================================================

Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat diri kita....

Mungkin perkara itu untuk kita... Tetapi bukan sekarang.... Cuma Allah lambatkan sikit masa untuk kita memperolehinya....

Dan mungkin perkara itu langsung bukan untuk kita... Sama ada cepat atau lambat, kita tetap tidak akan dapat...


=================================================

Di sini kita perlu faham akan konsep TAWAKKAL....

Meletakkan kepercayaan, keyakinan sepenuhnya kepada Allah Taala...

Menyerahkan diri kepada Allah...

Kita sebagai hamba Allah, ilmu kita sangat terbatas... Kita tidak mengetahui masa hadapan....

Dan Allah Maha Mengetahui segala galanya...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

Kesusahan, kesenangan, kesakitan, keupayaan itu adalah ujian dan tarbiyah (didikan) dalam hidup kita...

===============================================

Allah sangat dekat dengan kita.... 

Lebih dekat daripada urat yang ada di leher kita ini...

Allah sangat menyayangi kita... 

Seperti ibu kita yang menyayangi kita, yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kita...

Kasih sayang Allah sangat besar, lagi besar, dan Maha Besar daripada kasih sayang ibu kita...

Dan Allah tidak sesekali akan membiarkan kita.... Tidak sesekali membiarkan kita terumbang ambing...

Percayalah pada Allah... Percayalah dengan sepenuh hati kita..

Dengan keimanan kita... 

Bukankah percaya kepada Allah, percaya kepada Qada' dan Qadar Allah itu adalah rukun iman...

Rukun yang wajib ada pada setiap diri insan...

Percayalah insan... Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani....

Terimalah ketentuanNYA dengan hati yang penuh dengan keredhaan...
================================================

Benar, kita merancang... Tetapi Allah jualah sebaik baik PERANCANG.... 

Kerana perancangan Allah yang terbaik buat hambaNya.. Subhanallah...

Buangkan ketakutan kita, buangkan kegelisahan kita, buangkan ketidakyakinan kita...


=================================================

Ya... Kita mempunyai Allah... 

ALLAH, ALLAH, ALLAH...

PEMILIK DAN PEMBERI SEGALA NIKMAT....

Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui....

Allah Maha Mengetahui kesusahan kita, Maha Mendengar rintihan kita, Maha Mendengar doa kita...

Firman Allah s.w.t di bawah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui 

(Surah Al-Baqarah ayat 216)"
================================================
 ~ALLAH YANG MAHA ESA~


Halal Executive Program (HEP)

Bismillahirrahmanirrahim...

Esok akan bermulanya hari saya di KFCH International College, Puchong sebagai peserta Program Halal Executive (HEP)... Semoga 6 bulan menghadiri program tersebut dapat memberi banyak info yang berguna kepada saya.. Kemudian, bolehlah saya berkongsi dengan pembaca blog di sini...

Ya, bermulanya langkah untuk menjadi salah satu generasi Halal yang akan memacu masyarakat terutamanya Umat Islam dalam menjadikan Halal sebagai matlamat dalam kehidupan tidak kira dalam apa jua urusan sama ada pemakanan, pekerjaan, perhubungan, dan lain-lain...

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini, dan berikan kebaikan di mana jua diriku berada.. Amin... Jangan lupa doakan tuan punya blog ini... Jumpa lagi.. Stay safe and take care everyone... (^_^)


Friday 13 April 2012

~Doa Untuk Pengantin~

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya nak share satu doa khusus buat pengantin baru.. Selalunya masyarakat kita akan bagi ucapan tahniah.. Ada juga yang mendoakan supaya pengantin bahagia hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat, dan tak ketinggalan juga ucapan bahagia hingga ke syurga.. Semua ini tidak salah kerana semuanya doa baik-baik.. Cuma yang saya nak kongsi ialah doa yang dianjurkan oleh Rasul kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, khusus untuk pengantin baru iaitu...


Pernikahan merupakan salah satu rahmat Allah yang sangat besar dalam hidup seorang insan.. Perkongsian dua hati dan merupakan salah satu cara bagi seorang anak Adam untuk mencapai matlamat bahagia hingga ke Syurga.. Kerana dengan pernikahan ini, segalanya adalah pahala.. Betapa luasnya rahmat Allah dalam memberi kasih sayang kepada hamba-hambaNya... Berbuat baiklah kepada pasangan dan bersabarlah dengan ujian... 

Nasihat Ustazah Ustazah Siti Norbahiyah kepada pasangan suami isteri, elakkan komunikasi yang menyakitkan hati tetapi gunakan pendekatan yang lemah lembut.. Isteri wajib meminta izin daripada suami terutamanya setiap kali hendak keluar rumah.. Begitu juga suami, bagitahu isteri supaya isteri tahu awak berada dalam keadaan yang selamat.. Ustazah juga menambah supaya suami isteri jangan kedekut dengan pasangan masing-masing.. Kedekut di sini bukan dengan wang semata-mata.. Tetapi juga jangan kedekut dengan kasih sayang, perhatian, belaian, pujian dan lain lain perkara yang semestinya membawa kebaikan... Cari ruang untuk bersama walau sesibuk manapun anda.. Ruang untuk makan bersama, berkongsi masalah, bercerita, dan juga berdating... Ustazah juga bagi doa daripada ayat al-Quran untuk kita amalkan.. Surah al-Furqan ayat 74 dan Surah al-Anbia ayat 87... Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah... 

Lagu ni khusus buat pengantin baru dan juga mereka yang telah mendirikan rumah tangga.. Special daripada Maher Zain.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Aminn.. 


p/s: Jangan lupa doakan tuan punya blog ini supaya bertemu jodoh yang baik, dan bahagia dunia akhirat... Aminn... (^_^)

Thursday 12 April 2012

~Pentingnya Komunikasi Itu~

Assalammualaikum...

Zaman sekarang ni hubungan jarak jauh bukan lagi satu masalah... Bak kata pepatah, jauh di mata tetapi dekat di hati... Terlalu banyak cara untuk berkomunikasi.. Sms, telefon, skype, MMS, YM, dan lain-lain...  Perasaan rindu dan ingin berjumpa tu, perkara yang normal... Cuma kita kena pandai mengawal perasaan tersebut supaya tidak timbul perasaan cemburu yang melampau sehingga membawa kepada syak wasangka.. Bab rindu-rindu ni,  rasanya tiada masalah bagi pasangan suami isteri,.. Tapi bagi pasangan yang belum mempunyai hubungan halal,  mereka harus bijak mengawal hati dan perasaan mereka.. Itu yang wajib dititikberatkan supaya tidak kecundang dengan godaan syaitan...

Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu sangat penting.. Dan sudah tentu komunikasi yang berkesan iaitu yang boleh memberi kebaikan.... Walaupun tinggal bersama, tetapi jika tiada komunikasi yang baik, sesuatu hubungan boleh menjadi hambar... Dan apa jua salah faham, sila selesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah.. Gunakan pendekatan yang lembut dan bukannya berkasar...

Tabiat suka berdiam diri dan menyebabkan pasangan tertanya-tanya bukan satu langkah yang bijak... Pasangan bukanlah ahli nujum yang dapat membaca hati dan perasaan orang lain.. Berbincang dari hati ke hati, itu yang terbaik...

Okeylah, di sini saya sarankan mereka yang belum menonton drama JUJUR AKU DAYUS agar menonton drama ini... Daripada drama ini, baru anda tahu betapa pentingnya komunikasi dalam hubungan suami isteri...


~Pentingnya Komunikasi Itu~

Tuesday 10 April 2012

~Perihal JODOH~


Bismillahirrahmanirrahim...

Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu.

Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. "

"Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta. Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, baginda bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah”. Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah.” 

by GeTtiNG MaRRieD

“By getting married you are not just getting a wife, you are getting your whole world.

From now until the rest of your days your wife will be your partner, your companion, and your best friend. She will share your moments, your days, and your years.

She will share your joys and sorrows, your successes and failures, your dreams and your fears.

When you are ill, she will take the best care of you; when you need help, she will do all she can for you.

When you have a secret, she will keep it; when you need advice, she will give you the best advice.

She will always be with you: when you wake up in the morning the first thing your eyes will see will be hers; during the day, she will be with you, if for a moment she is not with you by her physical body she will be thinking of you, praying for you with all her heart, mind and soul; when you go to sleep at night, the last thing your eyes will see will be her; and when you are asleep you will still see her in your dreams.

In short, she will be your whole world and you will be her whole world.”

~ Sheikh Abdullah Adhami~

Monday 9 April 2012

Khusus buat Mereka yang Sedang BERSEDIH..

Bismillahirrahmanirrahim...

Anda sedang bersedih? Menangislah.. Anda menangis bukan kerana anda lemah tetapi anda sedang membina kekuatan... Kesedihan adalah refleksi terhadap ujian daripada Allah yang Maha Esa... Tetapi usah bersedih terlalu lama.. Bangkitlah dengan harapan dan doa kepada Allah.. Ketahuilah bahawa ujian  adalah terbiyah iaitu didikan Allah untuk menjadikan hambaNya lebih kuat dan tabah dalam menghadapi hidup ini... 

Manusia bersedih kerana banyak perkara... Dan setiap perkara atau ujian yang diturunkan kepada manusia adalah berbeza beza... Setiap orang ada ujian masing-masing sama ada dari segi kewangan, kesihatan, pekerjaan, keluarga, kematian dan sebagainya...

Ujian ditimpakan kepada mereka bukan kerana mereka bersalah atau berdosa.. Atau kerana mereka seorang yang lemah.. Atau kerana mereka adalah manusia yang tergolong dalam golongan hamba Allah yang tidak tahu bersyukur.. Ataupun kerana Allah Taala murka terhadap mereka....

Tetapi kerana mereka insan yang terpilih... Mereka perlu tahu bahawa dengan ujian ini, Allah mahu mereka dekat dengan Allah.. Menyedari bahawa tiada kuasa yang dapat membantu mereka walaupun diri mereka sendiri kecuali Allah... Dan apabila mereka sedar akan perkara tersebut, secara tidak langsung hati mereka akan terpujuk dan segala kesedihan dan kesakitan yang mereka alami beransur hilang.. Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Bersabarlah dalam meniti dugaan hidup ini...


Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri...

"Aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku.  Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis."

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.
Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar.
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
Bila cemas, Allah mengajarku erti raja' (mengharap).
Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (berpada-pada).
Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.

Pujuklah hati, katakan... 


Sunday 8 April 2012

PereMpuaN yang Bukan BiaSa-BiaSa



“Awak sudah kahwin?” tanya bos India yang muda itu.

“Belum,” balas Shikin.

“Bertunang?”

“Belum juga,” jawab Shikin tersenyum sambil dalam hatinya memikirkan apakah motif bos muda itu bertanyakan soalan sedemikiam.

“Sudah ada yang istimewa?” lelaki itu seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Shikin.

“Belum lagi,” Shikin semakin tidak selesa dengan soalan yang diajukan. Tapi Shikin positif. Emm, boleh jadi dia ingat aku ingin bekerja di syarikatnya kerana ingin dekat dengan bakal suami. Tapi aku memang masih single.

“Umur U berapa tahun?”

“25 tahun...”

"Pelik sebab awak masih belum mempunyai kekasih walaupun rupa awak bukan yang biasa-biasa,” tegas bos muda itu lagi. Seakan tidak percaya akan jawapan Shikin.

"Maksud encik?” Nasib baik temuduga. Kalau sekadar perbualan biasa, dah lama aku angkat kaki. Shikin sedang menahan sabar. Cukuplah dengan jawapan yang aku berikan. Apa yang pelik sangat tak tahulah.

"Yalah, zaman sekarang ni dengan rupa yang biasa-biasa pun orang boleh mendapat seseorang yang istimewa… Cuba awak tengok, budak sekolah pun dah pandai bercinta… SMS, telefon selalu… Keluar sana sini dengan kekasih hati… Tapi awak yang ada rupa bukan biasa-biasa, masih sendiri lagi… Hati awak ni kuat.."

"Sebenarnya encik, rupa saya biasa-biasa sahaja.. Mungkin kebetulan encik lihat rupa saya hari ini bukan biasa-biasa.. Hmm.. Dan memang saya sedang kuatkan hati saya... ," balas Shikin sambil memandang meja.



Setelah selesai temuduga, hati Shikin mula bermonolog...

"Adakah rupa yang bukan biasa-biasa ini adalah tiket untuk aku menggoda mana-mana lelaki untuk dijadikan kekasih.. 


Apakah perbezaan mempunyai rupa yang biasa-biasa dan mempunyai rupa yang bukan biasa-biasa.. 


Dan apakah perbezaan menjadi perempuan yang biasa-biasa dan perempuan yang bukan biasa-biasa..  


Apa yang aku tahu aku tidak mahu menjadi perempuan yang biasa-biasa, walaupun rupaku bukan biasa-biasa.. 


Tetapi aku ingin menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun rupaku biasa-biasa sahaja... 


Mari sini aku jelaskan... 


Sekiranya aku perempuan yang biasa-biasa, sudah pasti aku sudah mempunyai kekasih untuk aku melampiaskan kasihku dan cintaku padanya... Walaupun rupaku biasa-biasa sahaja.. 


Kerana fitrah manusia itu ingin berpasangan dan selalunya cintalah yang akan menarik lelaki dan perempuan itu untuk berpacaran... Aku dan dia akan selalu bermesej, berjumpa dan mengungkap kata-kata cinta serta janji tanpa mengetahui bahawa jodohku sebenarnya adalah rahsia Allah.. 


Dan apabila rupaku bukan biasa-biasa, sudah tentu peluangku untuk mencari lelaki lain akan sentiasa ada sekiranya aku putus dengan kekasih lama... 


Wah, begitu senangnya mengungkap kata cinta... Ya, ketika itu aku adalah perempuan yang biasa-biasa dengan cinta yang biasa-biasa.... Sepertinya kelihatan cintaku seperti cinta yang murah....


Tapi, aku bukan begitu.... Aku adalah perempuan yang bukan biasa-biasa... Sebenarnya, aku sedang berusaha... 


Ketika ramai rakan kuliahku, dan kini rakan sekerjaku mengerling ke arahku, aku masih tetap mahu menundukkan wajahku... 


Aku tidak mahu menggunakan rupaku yang bukan biasa-biasa ini menjadikan diriku perempuan yang biasa-biasa... 


Aku sedar, umur aku sentiasa meningkat.. Bukankah dengan berperangai sedemikian menyebabkan aku seorang yang menjual mahal lantas menidakkan kehadiran jodohku.. Oh, tidak.. Tolong jangan salah sangka... 


Aku sedang berusaha menjadi seorang perempuan yang baik, dan menjadikan mereka lelaki yang lebih baik juga... Aku tidak mahu mereka yang mengerling ke arahku tersasar daripada perasaan yang tidak sepatutnya... 


Aku hanya mahu lelaki yang berani... Bukan berani memandangku tetapi berani untuk berjumpa emak dan ayahku melamar aku... 


Aku bersyukur kerana telah diajar sejak kecil oleh abang-abangku untuk menjaga diriku... 


Abang-abangku sangat tegas dan garang dalam hal yang berkaitan dengan lelaki.. Mungkin kerana mereka ialah lelaki... Mereka tahu apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan.. 


Aku ingat lagi kata-kata yang pernah keluar dari mulut abang-abangku ketika aku masih belajar... Walaupun aku tahu ada antara situasi ini yang pernah mereka lakukan, aku turutkan sahaja.. 


Kerana prinsip yang diajar oleh guruku, jangan lihat siapa yang beri nasihat, tapi lihatlah apa yang dinasihatinya.. Sekiranya baik, ambillah...

"Jangan pernah bawa lelaki balik ke rumah walaupun sekadar kawan..."
"Kalau abang nampak engkau keluar dengan lelaki, atau kawan-kawan abang mengadu nampak engkau keluar dengan lelaki, siaplah...."
"Jangan nak bercinta, pegang-pegang tangan... Macam budak depan ni..."
"Jangan bonceng motosikal dengan lelaki... Ingat pesan abang..."
"Belajar yang penting, bukan bercinta...  Kalau setakat bersms, telefon, ajak jumpa selalu.. Lupakanlah.... Lelaki yang berani sahaja akan jadikan engkau isteri... Masa tu dah jadi suami isteri, nak bercinta sakan, bercintalah.. Bercinta tengah belajar, merosakkan adalah....."

Banyak sungguh nasihat abang-abang aku sampai suatu tahap aku mahu melupakan nasihat mereka.. 


Aku mahu bercinta... Ya, aku mahu dikasihi, dicintai, berkongsi hal yang aku lakukan setiap hari.... 


Dan aku juga mahukan hadiah harijadi daripada si dia yang istimewa... Hadiah patung beruang comel yang besar yang sentiasa aku dambakan... Kerana aku perempuan, dan aku sukakan yang comel.. Dan apabila memeluknya di malam hari membuatkan diri menyedari ada sang kekasih yang sedang merindui.. 


Sungguh kelakar, kerana sehingga hari ini aku tidak pernah memperolehnya... Kerana aku masih teringat ingat akan amaran abang-abangku... Cukuplah aku memeluk patung beruang yang comel di pasaraya  sekadar untuk memenuhi tuntutan jiwaku... 


Masa berlalu dengan pantas... Dan aku masih berusaha menjadi perempuan yang bukan biasa-biasa walaupun langkahku pernah tersasar juga...  


Ya, kerana aku sedang berusaha... Menyebabkan langkahku hampir tersasar dalam mencari si dia... Aku tertanya tanya adakah dia sekarang ini jauh daripadaku, atau dekat denganku... 


Sekarang aku masih berusaha mencari... Cuma aku tidak tahu cara manakah yang perlu aku lakukan... Aku takut tersalah lagi... Dan kerana itu, aku masih lagi sendiri walaupun umurku sudah menginjak 25 tahun... 


Walaupun begitu, aku masih positif dan optimis dalam pencarianku dengan berdoa padaNYA... 


Semestinya impianku tidak lagi  berpaksikan untuk memiliki patung beruang besar yang comel, tetapi cita-cita ku ingin menggapai cinta yang direhaiNYA iaitu cinta suamiku agar aku menemui cinta Allah yang Satu.... 


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk diriku... Moga suatu hari nanti aku ketemu juga dengan jodohku... InsyaAllah....


Walau siapapun jodohku, hanya dia yang layak untuk cintaku yang sememangnya BUKAN CINTA BIASA... 


~PereMpUan yaNg bUkan BiaSa-BiaSa~

Friday 6 April 2012

~SABAR itu INDAH~

 ‎~One moment of patience may ward off great disaster... 
One moment of impatience may ruin a whole life...~


"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah..." 
(Surah al-Muddaththir: ayat 7)

Bismillahirrahmanirrahim...

Ayat pertama yang di atas sekali, hanya secebis ayat.. Bergantung pada individu untuk menilainya sama ada dari sudut positif atau sudut yang lagi satu.. Manakala ayat yang kedua datangnya daripada Allah... Kata-kata Pencipta memujuk makhlukNYA yang lemah dan di saat mereka cuba mencari kekuatan.. 

Jika tidak diikutkan hati yang sabar, mahu sahaja 'dia' berhenti kerja akibat tekanan kerja yang banyak... Mahu saja 'dia' mencari cinta yang lain berikutan isterinya yang sudah tidak seperti dulu lagi.. Mahu saja 'dia' memukul anaknya semahu hatinya kerana memecahkan cermin kereta barunya.. Mahu saja 'dia' membunuh diri kerana ketidakupayaannya untuk menyara keluarga sendiri setelah lumpuh akibat kemalangan... Mahu dan mahu melakukan segalanya hanya kerana tidak sabar..

Iya, kerana perasaan tidak sabar menyebabkan manusia seringkali melakukan kesilapan yang akhirnya membawa kerugian pada dirinya sendiri.. Sedangkan sekiranya dia sabar sedikit lagi seiring tinggi keyakinannya pada Allah Taala, sudah tentu jalan-jalan kebaikan akan dibukakan untuknya tanpa disangka-sangkanya... Bukankah Allah telah berfirman;

"Barangsiapa yang berTAQWA kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan).  Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
(Surah at-Talaq : ayat 2-3)


Bukankah sabar itu khazanah syurga.. Mana mungkin orang yang tidak sabar iaitu yang tidak beriman dan tinggi keyakinannya pada Allah akan memperoleh hikmah sabar... Bersabarlah  duhai hati kerana SABAR itu adalah salah satu kunci kebahagiaan... (^_^)


“Hikmah itu bukan sekadar kebaikan luaran yang kita peroleh, tetapi yang paling penting adalah kebaikan dalaman. Lalu pada ketika saya memberikan masa saya kepada orang yang memerlukan, saya sebenarnya sedang mencari hikmah. Bagaimana kamu mahu memperoleh hikmahnya ikhlas dan sabar, sekiranya kamu tidak pernah memberi?”

Thursday 5 April 2012

Berubahlah kerana ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim....

Perubahan selalunya dikaitkan dengan perubahan yang baik.. Seperti contoh, seorang yang dahulunya pemalas dan sering meninggalkan solat, kini tidak lagi meninggalkan solat.. Seorang yang tidak pernah mengenali masjid, kini lebih suka menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah di masjid... Dan perubahan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar iaitu perubahan dalam dirinya di mana dia lebih dekat dengan Allah dan hatinya merasa lebih tenang... Subhanallah...

Perubahan yang berlaku dalam diri kita kadang2 disebabkan oleh peristiwa yang hadir atau mereka yang kita jumpa dalam hidup kita... Menjadikan kita hamba Allah yang tersedar akan kebaikan yang perlu kita laksanakan dan seterusnya meninggalkan dosa yang seringkali dilakukan...

Namun begitu, adakah perubahan yang kita lakukan ini kerana Allah, ataupun kerana manusia.. Adakah kerana ingin membahagiakan insan lain... Adakah kerana ingin menggembirakan hati mereka... Dan adakah kerana ingin membuktikan pada insan yang kita sayang bahawa kita menyayanginya dan kerana itulah kita berubah...

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa sekiranya kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal.. Bahkan boleh kembali menjadi lebih teruk lagi sekiranya insan yang ingin kita cuba bahagiakan itu meninggalkan kita....

Sahabatku,

Sebenarnya kehadiran si dia itu membantu kita untuk berubah... Kehadiran peristiwa itu untuk menyedarkan kita bahawa Allah menyayangi hambaNya dan sesekali tidak mahu kita berada dalam kesesatan buat selamanya...

Sahabatku,

Berubahlah kerana ALLAH...

Berubahlah ke arah kebaikan... Berubahlah walaupun terpaksa merangkak dalam mencari kebaikan...

Berubahlah kerana Allah walaupun pada mulanya kita berubah menjadi baik kerana si dia... Berubahlah kerana Allah walaupun dia tidak lagi di sisi kita... Berubahlah kerana perubahan yang baik tidak menjadikan kita seorang yang rugi bahkan menjadikan kita seorang pelabur yang akan mengaut keuntungan saham yang banyak di akhirat nanti... Berubahlah kerana mencari redhaNYA yang Maha Pengasih lagi Maha Mengampuni...


Sahabatku,

Apabila sudah menemui kebaikan, jangan pernah berpatah balik... Bertahanlah walaupun diuji kerana  ujian itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuk kita.... Bukankah ujian itu tanda Allah sayang pada kita..

Sahabatku,

Berubahlah... Selangkah demi selangkah...
Berubahlah walaupun secara perlahan lahan... Namun istiqamah (berterusan)...
Dan berubahlah kerana Allah... Bukan kerana manusia....

Ingatan buat diriku, kamu dan juga kamu...  Semoga Allah merahmati kita semua... Aminn.. 


SEBELUM DIBIUS CINTA

“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.
“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.
Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.
BIUS CINTA
Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.
“Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.
Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.
Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembaramawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Firman Allah SWT:
30_21
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21] 
Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.
Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ‘sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:
SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
  1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
  2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
  3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
  4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
  5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
  6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
  7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?
SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:
  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. Sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.
2_286
“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” 
[al-Baqarah 2: 286]
Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.
Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.
Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.
Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.
Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?

Dipetik daripada www.saifulislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...